Pendahuluan

Program pendidikan di negara ini, khususnya bagi peringkat sekolah digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menggambarkan bahawa pembangunan insan itu perlulah seimbang dan menyeluruh perkembangannya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam usaha untuk membina insan seperti yang dihasratkan, ilmu yang disampaikan perlu juga sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan negara.

Teknologi Maklumat ialah satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin terutamanya komunikasi dan sistem komputer. Bidang ini merupakan kajian tentang penggunaan proses dan perkakasan dalam menangani maklumat yang pelbagai bentuk. Bidang ilmu ini adalah antara bidang ilmu yang paling pesat berkembang dan takrifan serta skopnya sentiasa disesuaikan seiring dengan perkembangan bidang ilmunya.

Mata pelajaran Teknologi Maklumat ialah satu mata pelajaran pilihan yang ditawarkan di peringkat sekolah menengah atas. Mata pelajaran ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran tentang teknologi maklumat dan membina sikap yang bersesuaian untuk menghadapi cabaran dalam era maklumat. Pengetahuan, kemahiran serta sikap yang diperoleh melalui mata pelajaran ini membolehkan para pelajar menyambung pelajaran dalam bidang teknologi maklumat di peringkat pengajian yang lebih tinggi mahupun menggunakan pengetahuan dan kemahiran ini dalam bidang pengajian yang lain atau bidang kerjaya yang mereka ceburi.

 

Matlamat

Matlamat kurikulum Teknologi Maklumat peringkat sekolah ialah untuk membentuk pelajar yang berpengetahuan secara menyeluruh tentang teknologi maklumat dan berkemahiran menangani maklumat dengan menggunakan teknik dan perkakasan teknologi maklumat bagi menyelesaikan masalah. Di samping pengetahuan dan kemahiran, kurikulum Teknologi Maklumat juga membentuk pelajar yang bersikap positif terhadap impak dan sumbangan teknologi maklumat kepada masyarakat dan kehidupan harian, supaya dapat menyumbang secara berkesan dan sepenuhnya dalam masyarakat dan ekonomi berteknologi di tempat mereka hidup dan bekerja.

 

Objektif

Ke arah mencapai matlamat kurikulum, objektif berikut digariskan bagi membolehkan pelajar:-

    1.   Mengkaji, mengguna dan memahami sistem dan persekitaran yang berkaitan dengan teknologi maklumat;

    2.   Membina pengetahuan tentang prinsip dan proses teknologi maklumat;

    3.   Mengenal pasti serta meneroka keperluan dan peluang yang boleh ditangani melalui teknologi maklumat;

    4.   Menjana idea bagi memajukan teknologi berkaitan dengan keperluan yang dikenal pasti;

    5.   Mengguna teknologi maklumat dengan berkesan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah;

    6.   Menyedari implikasi penggunaan teknologi maklumat terhadap masyarakat dan kehidupan harian;

    7.   Menghargai kepentingan dan sumbangan teknologi maklumat dalam memajukan masyarakat.

 

Organisasi Kandungan

Antara prinsip penggubalan di bawah rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ialah kandungan kurikulum ditentukan berdasarkan bidang ilmu yang ada. Sesuatu bidang ilmu mempunyai unsur pengetahuan, kemahiran dan nilainya yang tersendiri, dan teknologi maklumat ialah suatu bidang ilmu yang baru serta luas bidangnya.

 

 

 

Unsur Kemahiran

Unsur utama bagi kandungan kurikulum Teknologi Maklumat ialah kemahiran. Kemahiran yang bersifat umum atau generik dalam Teknologi Maklumat ialah:-

Kemahiran Komunikasi: Berkomunikasi idea, penyelesaian kepada isu dan masalah, hasil dan sebagainya melalui pelbagai cara termasuk, lakaran, perwakilan grafik dan model dengan menggunakan teknologi maklumat.

Kemahiran Mengendali Maklumat: Kurikulum Teknologi Maklumat merupakan satu peluang yang baik bagi mengembangkan kemahiran mengendali maklumat iaitu:-

·       Mengguna pelbagai teknik inkuiri;

·       Mengenal pasti, mencari, mengumpul, menyimpan, mengakses dan memproses maklumat;

·       Menyusun, menganalisis, mensintesis, menilai dan menggunakan maklumat;

·       Mempersembahkan maklumat secara jelas, logik, padat dan tepat;

·       Mengenal pasti, memperihal dan mentafsir pelbagai sudut pandangan;

·       Menggunakan pelbagai teknologi pengaksesan dan pemprosesan secara yakin dan trampil.

Kemahiran Penyelesaian Masalah: Keupayaan teknologi adalah berkait rapat dengan penyelesaian masalah. Kurikulum teknologi maklumat memberikan konteks yang luas bagi penyelesaian masalah. Kemahiran penyelesaian masalah memerlukan

·       Pemikiran kritis, kreatif, reflektif dan mantik.

·       Imaginasi, inisiatif dan keluwesan

·       Pengenalpastian, pemerihalan, dan pentafsiran semula masalah, serta menganalisisnya dari pelbagai perspektif

·       Penyiasatan, penerokaan dan penjanaan idea

·       Pengujian idea dan penyelesaian dan membuat keputusan berdasarkan pengalaman dan hujah

·       Penilaian proses dan hasil.

Secara khusus atau spesifik, kemahiran utama dalam Teknologi Maklumat, ialah:-Pengaturcaraan iaitu reka bentuk dan proses penyelesaian kepada masalah mengikut prosedur dan tertib tertentu dan menggunakan bahasanya yang tersendiri, dan

Pengendalian sistem komputer iaitu penggunaan perkakasan dan perisian komputer untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah termasuk kebolehan untuk memasang, menyusun dan menyenggara sistem komputer.

 

Unsur Pengetahuan

Unsur pengetahuan dalam kurikulum Teknologi Maklumat untuk sekolah menengah, diolah dan disusun di bawah enam bidang pengetahuannya iaitu:-

·     Sistem Komputer

·     Perisian Aplikasi

·     Multimedia

·     Pengaturcaraan

·     Pengurusan Sistem Maklumat

·     Rangkaian dan Komunikasi

Kandungan Sukatan Pelajaran Teknologi Maklumat ditulis dalam bentuk dua lajur yang baertajuk Konsep dan Kedalaman Skop.

Lajur Konsep menyenaraikan konsep-konsep dalam bidang pengetahuan berkenaan dan menggambarkan keluasan skop bidang pengetahuan itu. Manakala lajur Kedalaman Skop menghuraikan konsep tertentu bagi menunjukkan kedalaman olahan konsep tersebut.

 

Unsur Sikap dan Nilai

Terbina dalam pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat ini ciri-ciri seperti bersistem, tertib, jelas dan terperinci yang memupuk pemikiran dan sikap tekun, teliti, tepat dan yakin. Selain itu komunikasi dalam Teknologi Maklumat mempunyai kod dan etika yang tersendiri yang membentuk nilai bertanggungjawab, hormat-menghormati, bekerjasama dan kesopanan.

Secara umumnya, kurikulum Teknologi Maklumat boleh digambarkan sebagai suatu kurikulum yang berasaskan proses. Bidang pengetahuan teknologi maklumat dijadikan sebagai landasan untuk mengembangkan kemahiran dan proses, dan hasil daripada penguasaan kemahiran dan pengetahuan ini membentuk individu yang berakhlak mulia.

 

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat dua pendekatan yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan menyampaikan ilmu tentang teknologi maklumat, iaitu “belajar tentang teknologi maklumat”, dan “belajar dengan teknologi maklumat”. Pendekatan “belajar tentang teknologi maklumat” digunakan dengan tujuan menyediakan pengetahuan dan kemahiran asas teknologi maklumat bagi membolehkan pelajar menjadi pengguna teknologi maklumat yang berkesan. Manakala pendekatan “belajar dengan teknologi maklumat” menggunakan teknologi untuk menyelesaikan masalah dengan tujuan menyediakan pelajar dengan ilmu yang membolehkan mereka menyumbang kepada pembangunan teknologi.

Kedua-dua pendekatan pengajaran dan pembelajaran adalah bersifat hands-on dan mind-on. Ini bermakna pengajaran dan pembelajaran Teknologi Maklumat sebahagian utamanya adalah berbentuk praktikal.

Olahan kandungan kurikulum Teknologi Maklumat kepada enam bidang pengetahuan membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan tanpa berhierarki. Ini bermakna pengajaran dan pembelajaran boleh dimulakan dengan mana-mana bidang pengetahuan sekiranya kemahiran asas pengendalian teknologi maklumat sudah dikuasai.

 

 


Kandungan

Sistem Komputer

KONSEP

KEDALAMAN SKOP

Konsep asas Sistem

Unit Pemproses Pusat (CPU): Memproses maklumat secara aritmetik, membuat perbandingan dan membuat keputusan.

Storan Primer RAM/ROM: Penyimpan data dan arahan yang tetap dan terkini.

Peranti Input (papan kekunci, tetikus): Penukar maklumat daripada yang difahami oleh manusia kepada yang boleh diproses oleh komputer.

Peranti Output (pemapar, pencetak): Penukar maklumat yang diproses oleh komputer kepada yang boleh difahami oleh manusia.

Storan Sekunder (cakera liut, cakera keras, CD): Penyimpan data yang banyak.

Sistem Pengendalian (OS)

Platform Perkakasan: PC, Macintosh, Sistem berasaskan UNIX

Jenis OS: DOS, Windows95, UNIX

Komponen dan Perkhidmatan OS: Perintah/ Arahan Asas, Memproses arahan secara berkumpulan (batch processing), Pengurusan Fail

Rangkaian Komputer

Konsep bagi menghubungkan beberapa komputer bagi tujuan berkomunikasi maklumat, LAN dan WAN, topologi rangkaian, peer-to-peer  dan klien-server.

Keperluan bagi Perkakasan dan Perisian Rangkaian

Perkhidmatan Rangkaian: perkongsian sumber seperti pencetak dan perisian, uploading dan downloading fail, mel elektronik.

Perkakasan

Fungsi  teknikal dan Seni Bina Perkakasan utama: Papan Induk, Kad, Cip, Monitor, Pencetak, Penyimpan Data.

Periferal dan Antaramuka: Pengimbas, Sensor, Kad Rangkaian

Pengaturcaraan

KONSEP

KEDALAMAN SKOP

Data dan Maklumat

Konsep data dan maklumat dalam IT

Nombor asas dua, Kod ASCII

Peringkat bahasa pengaturcaraan

Pengaturcaraan berorientasi objek

Basic, C, Pascal

Bahasa Assembly

Bahasa mesin

Konsep Pengaturcaraan

Pengisytiharan pembolehubah dan skop pembolehubah

Jenis data: integer, nyata, string, boolean

Operasi aritmetik ke atas pembolehubah

Struktur kawalan: turutan, pemilihan, ulangan

Prosedur dan fungsi berparameter

Data komposit: rekod dan jujukan

Kompilasi

Penterjemah dan Pengkompil

Ujian dan Nyahpijatan

Dokumentasi dalaman

Menyurih algoritma atau kod

 

Rangkaian dan Komunikasi

KONSEP

KEDALAMAN SKOP

Konsep asas

Sumber maklumat, sistem komunikasi, rangkaian perkongsian maklumat

Perisian komunikasi

Mel elektronik: konfigurasi, mengirim, menerima, membalas, salinan kepada, tandatangan dan nama samaran, senarai edaran, sertaan teks dan binari.

Telnet: hubungan dan logging on, arahan sistem, operasi menu.

Protokol Pemindahan Fail (FTP): hubungan dan logging on, downloading, pemampatan dan nyahmampatan, menyemak virus, uploading.

World Wide Web (WWW)

Jenis-jenis Browser, menghubungi suatu tapak, melayari web, tanda buku, simpanan teks dan grafik, teknik mencari maklumat.

Reka Bentuk Laman Web

Penyunting HTML

Merancang pembinaan tapak

Formatan teks dan perenggan, atribut imej, susun letak halaman.

Menghubung halaman dan melayari tapak, menghubung tapak.

Fitur lanjutan: peta berklik, borang, bunyi, animasi, video.

Isu Internet

Sikap sesuai semasa on-line (Netika)

Virus, hak peribadi, hacking, cetak rompak, kelucahan.

 

Perisian Aplikasi

KONSEP

KEDALAMAN SKOP

Pemproses Perkataan

Alat-alat untuk memanipulasi teks dan perbezaannya: editor, pemproses perkataan, perisian penerbitan.

Prinsip asas pemproses perkataan: penggunaan susunatur skrin yang berkesan, suntingan dan formatan.

Fitur yang menyokong kemasukan dan suntingan teks: lipatan perkataan, pemecah perenggan, potongan dan selitan, potong, salin dan tampal, cari dan tukar.

Fitur yang menyokong reka letak halaman: margin, justifikasi, ruang baris, tab.

Fitur yang menyokong pembacaan: muka taip, saiz fon, gaya.

Fitur yang menyokong ketepatan dan kualiti: penyemak ejaan dan gramar, tesaurus.

Fitur yang menyokong persembahan dokumen: peringkat kepala seragam, header dan footer, gaya, kerangka.

Pemproses Perkataan (lanjutan)

Pelbagai jenis formatan: jadual, lajur, indent, petak, lorekan petak, bullet.

Jenis-jenis petak: teks, rajah, persamaan.

Pengiraan dalam jadual

Membina dan mengimport grafik

Menyelit dokumen ke dalam dokumen terbuka

Memilih dan menyusun senarai rekod untuk gabungan.

Pengaturcaraan makro.

Hamparan Elektronik

Reka bentuk paparan: menu, butang dan toolbar, scroll bar, kawasan input data, kawasan status.

Komponen asas hamparan: sel, baris, lajur

Penggunaan dan input data berlainan jenis: nilai, teks, formula, tarikh

Fitur yang menyokong pengiraan: rujukan sel, fungsi (matematik, statistik)

Fitur yang menyokong pengubahsuaian hamparan: menyunting sel (potong, salin, tampal), mengisi formula, potongan dan selitan baris dan lajur.

Fitur yang menyokong persembahan hamparan: penyunting teks, saiz dan gaya abjad, penjajaran data sel, formatan nombor (peratus, mata wang, saintifik)

Fitur pemvisualan nombor: pembinaan dan pengubahsuaian pelbagai bentuk carta,

Analisis apa-jika

Hamparan Elektronik (lanjutan)

Formatan blok dan halaman: header dan footer, fon, tinggi dan lebar baris dan lajur, format nombor, lorekan.

Pengaturcaraan makro

Templat

Membina dan menyunting carta daripada data hamparan.

Menghubung halaman daripada pelbagai buku nota atau buku kerja.

Mengimport/mengeksport data dari/ke hamparan elektronik atau pemproses perkataan.

Menyusun dan menapis data.

Mengguna alatan statistik.

Perisian Persembahan

Jenis-jenis grafik: bitmap, vektor, animasi.

Grafik tersedia: clipart

Memanipulasi grafik: memindah, membalik, memutar, menukar saiz dan skala, melapis.

Konsep perisian persembahan: membina persembahan (pertunjukan slaid), mengimport dan menyunting carta, mengimport grafik, menulis dan menyunting teks, customizing persembahan, membina persembahan versi runtime.

Reka bentuk persembahan yang berkesan

Isu  Perisian

Cetak rompak, hak cipta, virus dan keselamatan maklumat.

 

Multimedia

KONSEP

KEDALAMAN SKOP

Konsep Multimedia

Bentuk maklumat: teks, grafik, audio, video, animasi

Perkakasan multimedia: pengimbas, kamera digital, papan audio

Perisian multimedia: Alat pengarangan, perisian grafik, Alat penyuntingan

Pembangunan dan reka bentuk bahan Multimedia

Bunyi: penangkapan, suntingan, playback

Video: perancangan dan papan cerita, operasi kamera, penangkapan still dan motion, transition dan effects, playback.

Animasi: perancangan dan pemapan cerita, melukis sel, membina animasi, playback.

Komunikasi berkesan dengan Multimedia

Pemilihan teks, audio, video warna yang bersesuaian.

Kawalan tumpuan pengguna.

Keseimbangan reka bentuk paparan dan penggunaan ruang putih.

 

Pengurusan Sistem Maklumat

KONSEP

KEDALAMAN SKOP

Pangkalan Data

Perbezaan fail biasa dengan sistem pengurusan pangkalan data

Peristilahan: Medan, rekod, fail,

Membina pangkalan data: memilih dan menaip medan, menginput data.

Mengguna pangkalan data: membina borang dan susun letak, isihan dan indeksan medan tunggal dan berganda, mencari maklumat yang diperlukan dengan satu atau lebih syarat, meringkaskan maklumat dan menjana laporan, bahasa kuiri pangkalan data.

Pangkalan Data (Lanjutan)

Reka bentuk fail dan takrifan medan

Fail berhubung dan fail pangkalan data berkait

Membina dan menggunakan borang custom

Menyunting borang

Membentuk kuiri

Membina laporan daripada kuiri

Pengaturcaraan makro

Menghubungkan kepada hamparan dan pemproses perkataan.

 

 


 
 

 

 


KEMENTERIAN PENDIDIKAN

MALAYSIA

 

 

 

 

SUKATAN PELAJARAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

 

 

 

 

Disember 1998

 

 

 

 

 

 

 

 


PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

MALAYSIA

 

MOHD YUSOFF WALAT

KSPK TM

IPDA 2000/01